Catatan

Pengenalan

Imej
PENGENALAN Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Kami pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah ingin memberi kesedaran kepada para remaja di seluruh Malaysia tentang gacha yang semakin berleluasa ini, dan hukum mengenainya. Kami memilih tajuk ini kerana isu ini bukan perkara yang menjadi buah mulut masyarakat Malaysia. Gacha ini merupakan inovasi baru kepada tabiat lama manusia yang suka berjudi dan kami pasti ramai masyarakat Malaysia, terutamanya dewasa yang agak berumur tidak mengetahui apa itu gacha. Jadi kami jadikan Blog ini untuk menceritakan secara mudah tentang gacha supaya semua boleh berjaga-jaga supaya tidak terjebak. Terima Kasih kerana mengambil masa untuk membaca blog kami, moga bermanfaat 1. Muhammad Muhibbuddin bin Mohd Azhan (A21200149) 2. Muhammad Mu'izzuddin Bin Mohd Azhan (A21200212) 3. Rahman Hakim bin Firmansyah (A21200211) 4. Muhamad Fikri Bin Zubaidi (A21200234) 5. Muhammad Najid Hasif Bin Yusran  (A21200176)

Boleh ke Gacha ni?

Imej
HUKUM GACHA -         Pada peringkat awal   pengimplementasian sistem gacha dalam permainan video ini berkembang di Malaysia, ia tidaklah menjadi bualan masyarakat tentang bahaya dan kesan negatif terhadap seseorang. Namun setelah beberapa pihak menyuarakan pendapat mereka tentang gacha, masyarakat mula membicarakan tentang gacha dengan pelbagai pendapat sehinggalah persoalan ini sampai pada pihak Mufti Malaysia. Berikut merupakan kesimpulan dari kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia. " Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti ( crates ) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram" SEBAB PENGHARAMAN   Perbuatan ini bergantung kepada nasib di mana anda hanya akan dapat barang yang anda mahukan jika anda bernasib baik, namun anda akan mengalami kerugian jika anda tidak bernasib baik Penafian terhadap pembeli atau pemain seperti yang dinyatakan di atas kerana ia tidak akan memberikan barang yang anda mah

Gacha Mengikut Masa

Imej
EVOLUSI GACHA Pada asalnya, Gacha merupakan mesin fizikal yang boleh didapati di pusat beli belah seluruh Malaysia. Mesin ini datang dalam pelbagai jenis bentuk dan rupa tetapi semua memakai sistem yang sama iaitu, untuk mendapat sebarang keberuntungan dalam permainanya memerlukan kepada nasib. Orang Malaysia juga memanggil mesin ini dengan nama "Mesin Tikam" dan ia adalah perkara yang sama cuma menggunakan nama lain. RUPA DAN BENTUK MESIN GACHA Mesin Gacha mempunya pelbagai rupa dan warna untuk kelihatan menarik bagi pemainnya. 1. Mesin Tikam "Mesin Tikam" boleh didapati di seluruh Malaysia dan ia merupakan pengenalan pertama bagi kanak-kanak ke dunia perjudian. 2. Mesin Gacha Mesin Gacha yang terdapat dalam Akihabara, Jepun yang sudah berjalan selama 15 tahun 3. Mesin Cakar Mesin Cakar memerlukan pemain untuk mengawal satu cangkuk untuk mendapat salah satu dari hadiah yang ditawarkan. Ini juga merupakan salah satu dari mesin Gacha cuma dalam bentuk yang lain keran

Apa itu Gacha?

Imej
Pengenalan kepada Judi dan Gacha   DEFINISI JUDI     Definisi Kamus Bahasa Melayu:  permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan Perkataan Arab untuk judi adalah  رسٌم (maysir) .  Istilah ini diambil dari ayat Al-Quran pada Surah Al-Baqarah ayat 219. يَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِۗ "Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi. Maksud dari segi bahasa ialah Al-yusr yang membawa maksud mudah dan Al-yasr yang bermaksud kemudahan Terdapat beberapa pandangan tentang makna istilah maysir: Ibn Hajar al-Haitami menyebut judi adalah merujuk kepada sebarang jenis pertaruhan. Syeikh Rasyid Ridha mentafsirkan judi ( al-maisir ) dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan tanpa bekerja keras. Imam Malik menyatakan judi terdiri daripada dua jenis: Judi yang bersifat sia-sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu, catur dan sebarang elemen hiburan yang tidak bermanfaat. Judi yang bersifat pertaruhan iaitu