Apa itu Gacha?
Pengenalan kepada Judi dan Gacha
DEFINISI JUDI
Definisi Kamus Bahasa Melayu: permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan
Perkataan Arab untuk judi adalah رسٌم (maysir). Istilah ini diambil dari ayat Al-Quran pada Surah Al-Baqarah ayat 219.
يَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِۗ
"Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi.
Maksud dari segi bahasa ialah Al-yusr yang membawa maksud mudah dan Al-yasr yang bermaksud kemudahan
Terdapat beberapa pandangan tentang makna istilah maysir:
- Ibn Hajar al-Haitami menyebut judi adalah merujuk kepada sebarang jenis pertaruhan.
- Syeikh Rasyid Ridha mentafsirkan judi (al-maisir) dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan tanpa bekerja keras.
Imam Malik menyatakan judi terdiri daripada dua jenis:
- Judi yang bersifat sia-sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu, catur dan sebarang elemen hiburan yang tidak bermanfaat.
- Judi yang bersifat pertaruhan iaitu apa-apa yang membahaya atau menggadaikan diri orang lain.
DEFINISI GACHA
perkataan "Gacha" atau "Gachapon" berasal dari Negara Jepun yang secara kasarnya membawa makna "Blind box" ataupun "Kotak Buta". Basis sistem Gacha ini ialah sesuatu yang menawarkan barang dalam pelbagai tingkatan, lalu pemain akan mencuba nasib untuk mendapat hadiah yang tertinggi nilainya.
Permulaan Gacha ialah pada tahun 1997 di Jepun dimana terdapat mesin yang mempunyai pelbagai hadiah, sesiapa yang ingin bermain perlu membayar 100 yen dan apabila pemain menang, mesin itu akan mengeluarkan bunyi "Gacha!". Tetapi hadiah yang akan kita terima adalah rawak dan peratus untuk menang adalah sangat tipis.
PENERANGAN GACHA
Penerangan tentang gacha ini sangat la mantap dan senang untuk difahami. Terima kasih kepada penyampai video ini. Semoga selepas ini ada penerangan tentang bab lain pula.
BalasPadamterima kasih share..
BalasPadamPenerangan yg penuh dgn pengisian.